Friday, April 23, 2010

PERTANDINGAN MEMANCING BIO-AURA (HAI-O)

TARIKH: 1/5/2010
MASA: 8.30AM - 1.30PM

Pertandingan Hai-O ini telah ditangguhkan dan diganti dengan pertandingan memancing yang turut diadakan pada hari yang sama tetapi pada jam 2pm-7pm.

Wednesday, April 21, 2010

Mari Memancing Beramai-ramai!!!!!

APAK FISHING CHALLENGE merupakan kolam memancing ikan air tawar yang terletak di Hulu Tamu, Batang Kali, Selangor. Kolam memancing ini dibuka selama 24 jam. Jenis-jenis ikan yang terdapat di sini ialah ikan patin (1.5-15.0kg), tongsan (4.0-9.0kg) dan rohu (1.5-5.0kg). Bayaran biasa ialah RM20 (3 jam), jackpot mingguan sebanyak RM25 (3 jam), manakala bagi jackpot patin pula sebanyak RM27 (3 jam). Kolam ini juga boleh disewa oleh pihak-pihak yang ingin menganjurkan pertandingan memancing. Terdapat 2 buah kolam memancing dan sebuah kolam peliharaan. Sebuah kolam boleh disewa selama 5 jam (RM1000). Kemudahan tandas, surau, gerai makan, pancang besi, tangguk dan jaring ada disediakan. Di sini juga boleh dijadikan tapak perkelahan kerana kolam ini berhampiran dengan sungai. Tempat pembakaran BBQ juga boleh disewa...